-
Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?
Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu :
- Surat Setuju Terima pelantikan (Borang 6A);
- Surat Akuan Sumpah (Borang 6B);
- Salinan Surat Akujanji (bagi lantikan selepas 1.1.2003);
- Surat Akuan Doktor;
- Penyata Perubahan Kewangan 8 (Kew. 8); dan
- Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
-
Bagaimana dan bilakah seseorang pegawai awam boleh disahkan dalam perkhidmatan?
Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
- Berjaya menjalani tempoh percubaan (Percubaan asal atau dilanjutkan);
- Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
- Lulus Peperiksaan yang ditetapkan;
- Sokongan daripada Ketua Jabatan.
Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan atau sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
-
Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen?
- Surat permohonan untuk diperakukan dalam Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.
- Borang Opsyen untuk memilih samada skin pencen atau skim KWSP selaras dengan Peruntukan 6A(1) Pindaan Akta Pencen 1980.
- Surat perakuan pengesahan dalam jawatan - Kenyataan berkenaan Peperiksaan. (jika berkaitan).
- Surat perakuan pengesahan dalam jawatan (perintah Am 36 Bab ‘A’) dan Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.
- Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.
- Salinan Surat Tawaran Jawatan.
- Salinan surat pengesahan lantikan.
- Salinan sijil Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus.
- Salinan Keputusan peperiksaan. (jika berkaitan).
- Salinan surat perlanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan).
-
Bilakah seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam perlu membuat pengisytiharan harta?
- Semua lantikan baru.
- 5 tahun sekali (kecuali Ketua Jabatan 3 tahun sekali).
- Perolehi harta baru.
- Lupus harta.
- Akan bersara.
- Bila-bila masa jika diperlukan oleh kerajaan.
-
Bagaimanakah tatacara permohonan pertukaran bagi anggota-anggota perakaunan?
[note style="4"]**Nota: Semua permohonan baru dan lama (sekiranya masih berminat) wajib diisi semula di dalam aplikasi HRMIS. Permohonan yang tidak dihantar melalui aplikasi HRMIS tidak akan diproses.[/note]
-
Rasionalisasi Skim
Bil Tajuk 1 Soalan Lazim Muat Turun -
Kriteria Kecemerlangan
Bil Tajuk 1 Nota Taklimat Muat Turun - Sesi Taklimat Perkhidmatan Skim Akauntan