-
Butiran
-
-
31410
-
S: Mengutamakan pelanggan (Satisfying the customer)
- Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan berintegriti kepada semua pelanggan dan stakeholder.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan secara berterusan mengikut keperluan.
- Meningkatkan kompetensi diri agar perkhidmatan yang diberikan memenuhi ekspektasi pelanggan.
-
P : Profesionalisme (Professionalism)
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
- Mempamerkan semangat kerja yang tinggi.
- Meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai kualiti yang berterusan.
- Peka terhadap perkembangan, kemajuan dan perubahan dalam teknologi dan profesion perakaunan.
- Mempamerkan nilai dan tingkahlaku yang berkualiti dan kompeten.
- Bersopan santun, berbudi bahasa dan berhemah tinggi dalam segala urusan.
- Berpenampilan kemas dan sesuai mengikut keadaan dan suasana.
-
EC : Kerja Berpasukan (Esprit de Corp)
- Bekerjasama dalam menyelesaikan isu dan masalah.
- Mempunyai sikap saling membantu dalam usaha mencapai keberhasilan jabatan.
- Berkongsi maklumat, pengalaman dan ilmu pengetahuan.
- Menghargai sumbangan idea daripada anggota organisasi.
- Saling menghormati dan mengeratkan silaturahim.
-
IA : Integriti dan akauntabiliti (Integrity and Accountability)
- Mengamalkan sikap amanah, tulus, ikhlas, berpegang kepada prinsip dan boleh dipercayai.
- Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan keputusan yang diambil.
- Berfikiran positif dan sedia memberi dan menerima cadangan serta maklum balas yang tepat dan benar.
-
L : Kesetiaan (Loyalty)
- Menunjukkan kesetiaan kepada jabatan, kerajaan dan negara.
- Menjaga nama baik dan imej jabatan serta profesion perakaunan.
- Memahami, menghayati dan mematuhi nilai bersama jabatan.