-
iGFMAS terdiri daripada 17 modul yang melaksanakan fungsi utama bagi merekod, memproses, memperakaun dan melaporkan semua urusniaga berkaitan pembayaran, terimaan, pengurusan gaji, pengurusan wang tak dituntut, pengurusan pinjaman, perakaunan aset, pengurusan tunai (cash management) dan pengurusan dana (fund management). Seterusnya menghasilkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berasaskan tunai ubah suai dan akruan.
Sehingga pada 15 Julai 2020, pembangunan iGFMAS telah mencapai 100% dan iGFMAS telah memperolehi persijilan Information Security Management System (ISMS), MS ISO/IEC 27001:2013 pada 24 Jun 2020. iGFMAS telah go live mulai pada 1 Januari 2018 dan digunapakai oleh 27 Kementerian, 55 Pegawai Pengawal, 6,643 Pusat Tanggungjawab serta 80,000 pengguna di seluruh Malaysia.
Pelaksanaan iGFMAS ini bagi menggantikan 3 sistem sedia ada iaitu GFMAS, eSPKB dan eTerimaan. Sehingga kini, iGFMAS telah beroperasi dengan baik dan berintegrasi dengan 98 agensi termasuk ePerolehan, eBantuan, bank, agensi potongan gaji, agensi pukal, agensi kutipan dan lain–lain. iGFMAS juga dalam proses untuk berintegrasi dengan HRMIS dalam masa terdekat.
-
- Sistem berpusat di ibu pejabat menggunakan satu pangkalan data dan satu pusat data.
- Sistem bersepadu – fungsi pejabat perakaunan (GFMAS) dan pusat tanggungjawab (eSPKB dan eTerimaan).
- Peningkatan GFMAS sedia ada versi 4.7 ditambah baik kepada versi SAP ECC6.
- Bercirikan perakaunan tunai dan akruan.