Objektif
- Mencetuskan penemuan baru sistem perakaunan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kewangan dan perakaunan.
- Merekabentuk dan menambahbaik sistem kewangan dan perakaunan selaras dengan peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
- Memastikan pelaksanaan projek sistem perakaunan selaras dengan jadual yang ditetapkan.
- Memastikan agensi kerajaan menggunakan sistem perakaunan dan kewangan yang mematuhi peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur dan sistem kewangan dan perakaunan dalam membantu agensi membuat keputusan.
- Meluluskan Sistem Perakaunan dan Kewangan yang mematuhi peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
- Menasihati pembuat keputusan dalam dasar yang berkaitan perakaunan dan kewangan.
- Menggalakkan perkongsian pengetahuan warga perakaunan melalui KM JANM.
- Mempertingkatkan kompetensi perundingan warga BKP.
Piagam Pelanggan
- Meluluskan 80% permohonan khidmat nasihat sistem perakaunan dan kewangan sektor awam dalam tempoh 2 bulan dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
- Memastikan setiap aduan daripada pengguna berkaitan gangguan penggunaan sistem dibuat akuterima dalam tempoh 15 minit selepas aduan diterima melalui sistem Helpdesk.
Fungsi
- Memberi perkhidmatan perundingan dan kelulusan dalam pembangunan sistem kewangan dan perakaunan kepada Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam Negeri.
- Memberi perkhidmatan perundingan, pembangunan, penyelenggaraan dan sokongan teknikal sistem kewangan dan perakaunan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam Negeri.
- Menetapkan peraturan dan prosedur perakaunan dan kewangan serta perkhidmatan perundingan untuk Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam Negeri.
- Memberi perkhidmatan pentadbiran dan kewangan kepada Bahagian.
ALAMAT :
Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
Jabatan Akauntan Negara (JANM)
Aras 5, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No.7, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88869759