Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Objektif

  1. Memastikan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Kementerian Kewangan dilaksanakan dengan efisien dan berintegriti melalui kawalan dan pemantauan sistem perakaunan yang efektif.

Piagam Pelanggan

  1. Membuat bayaran kepada pembekal/ individu dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  2. Memastikan bayaran gaji dan potongan gaji dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  3. Memberi maklum balas atas pertanyaan berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan dalam tempoh 15 hari bekerja.
  4. Memberikan kebenaran pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.
  5. Melaksanakan naziran pematuhan Perakaunan Akruan bagi 100% PTJ di bawah seliaan Bahagian Akaun Kementerian Kewangan berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.
  6. Mengeluarkan 12 Penyata Kewangan Kementerian Kewangan dalam tempoh yang ditetapkan.
  7. Memastikan pelaksanaan Perakaunan Pengurusan melalui pemantauan Laporan Strategic Management Accounting and Reporting (SMARt) di semua Kementerian setiap enam (6) bulan.

Fungsi

  1. Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan bayaran, termasuk bayaran gaji, menyediakan pelaporan perakaunan dan Penyata Kewangan Kementerian Kewangan.
  2. Menyemak dan memantau Dokumen Akaun Terimaan (DAT) yang diterima dari semua Pejabat Pemungut di bawah Kementerian Kewangan.
  3. Melaksanakan naziran bagi memantau pengurusan kewangan dan perakaunan di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah BA MOF.
  4. Melaksanakan Perakaunan Pengurusan untuk Kementerian Kewangan dan memastikan pelaksanaan Perakaunan Pengurusan di semua Kementerian.
  5. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan.
  6. Merancang dan melaksanakan program latihan kewangan dan perakaunan bagi PTJ Kementerian Kewangan.
  7. Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, kewangan, perolehan dan pentadbiran Bahagian.
  8. Menyemak dan memberi kebenaran pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan.
  9. Memantau pelaksanaan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) di semua agensi di bawah Kementerian Kewangan.
ALAMAT :

Bahagian Akaun Kementerian Kewangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1 & 2, Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya

  03-88821000     03-88895817