Objektif
- Melatih pegawai awam dalam bidang perakaunan dan kewangan.
- Mempertingkatkan kompetensi tenaga pengajar.
- Menyediakan kurikulum bersepadu dan komprehensif serta latihan berstruktur bagi pegawai awam.
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
- Mempromosikan Institut sebagai institusi pembelajaran unggul.
- Mewujudkan kaedah pembelajaran secara elektronik (e-learning).
- Mewujudkan usahasama strategik dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kerajaan atau swasta.
- Menjalankan penyelidikan dalam bidang perakaunan.
Piagam Pelanggan
- Memaklumkan pelanggan mengenai sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus tersebut bermula.
- Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta kursus yang dipilih untuk menghadiri kursus tidak lewat daripada dua (2) minggu daripada tarikh kursus bermula.
- Menjalankan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang dirancang setiap tahun.
- Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula.
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang
- Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja.
Fungsi
- Merangka dan melaksanakan latihan yang bersepadu, komprehensif dan berstruktur bagi penjawat awam.
- Mempertingkatkan kompetensi tenaga pengajar.
- Pengurusan bangunan persekitaran, kenderaan, kemudahan sukan dan rekreasi serta peralatan.
- Menjadi Pusat Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam.
- Hub latihan profesional dengan kerjasama badan-badan profesional/Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Agensi lain.
ALAMAT :
Institut Perakaunan Negara
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jalan 2, Sungai Lang
45100 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
03-32172000 03-3217 2021 www.ipn.gov.my