Objektif
- Meningkatkan pematuhan peraturan kewangan dan perakaunan kerajaan.
- Meningkatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pembangunan modal insan yang kompeten.
Piagam Pelanggan
- Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 21 hari dari tarikh mesyuarat penutup/dokumen akhir diterima.
- Mengeluarkan Laporan Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan dan Akaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat penutup.
- Menyemak akaun terimaan bulanan dalam tempoh 25 hari dari tarikh penerimaan.
Fungsi
- Memastikan Penyata Kewangan Akruan Kementerian mengikut polisi dan piawaian perakaunan serta undang-undang yang berkuatkuasa.
- Memastikan pematuhan dan kawalan dalaman ke atas pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah mencukupi dan berkesan.
- Memastikan terimaan dan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan betul mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
- Memastikan pelaksanaan arahan Kementerian Kewangan untuk menjalankan pengauditan penyiasatan khas (forensik) ke atas pengurusan kewangan dan akaun Jabatan/Agensi/ Syarikat Milik Kerajaan.
- Memastikan pematuhan pengurusan kewangan dan akaun bagi urusan kenaikan pangkat Ketua Jabatan Gred Utama JUSA C dan ke atas.
- Memastikan Akaun Belum Terima dilaporkan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan.
ALAMAT :
Bahagian Pengurusan Audit Dalam
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5 & 6, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2
62100 Putrajaya
03-88821000 03-88887112