Objektif
- Memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
- Memastikan pelanggan mendapat maklumat kewangan yang lengkap, tepat dan berkualiti.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.
Fungsi
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut polisi dan piawaian perakaunan serta undang-undang yang berkuatkuasa.
- Mengurus aliran tunai, panjar dan pentadbiran perbankan Kerajaan Persekutuan.
- Memantau peruntukan dan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang diluluskan oleh Parlimen
- Mengurus pembayaran yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan Pendahuluan kepada Kerajaan Negeri dan Agensi.
- Mengurus perakaunan aset dan inventori Kerajaan Persekutuan.
- Mengurus perakaunan akaun amanah dan deposit
- Mengurus perakaunan aset kewangan dan liabiliti Kerajaan Persekutuan
- Memberi khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan dengan operasi perakaunan Kerajaan Persekutuan
ALAMAT :
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88821562