Objektif
- Memastikan organisasi yang efisien dan efektif untuk mempertingkatkan perakaunan dan akauntabiliti Kerajaan.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan kewangan bagi menjayakan program-program perakaunan.
Piagam Pelanggan
- Merancang dan mengurus sumber manusia serta memajukan kerjaya anggota perkhidmatan perakaunan di sektor awam bersesuaian dengan keperluan masa kini dan hadapan.
- Memproses permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permohonan.
Fungsi
- Menggubal dasar dan polisi Jabatan selaras dengan visi dan misi Jabatan.
- Merancang dan menyediakan keperluan sumber manusia serta pembangunan kerjaya pegawai perkhidmatan perakaunan dan anggota perkhidmatan di bawah Jabatan.
- Merancang pembangunan, pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat berkaitan piawaian perakaunan.
- Menguruskan permohonan baharu dan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat menurut Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
- Melaksanakan urusan pentadbiran, aset dan pengurusan am jabatan.
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Akta Akauntan 1967 [Akta 94] serta peraturan yang memerlukan kelulusan Menteri Kewangan.
- Menguruskan hal ehwal korporat Jabatan.
- Merancang keperluan bajet, perolehan dan kewangan jabatan.
ALAMAT :
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, 6 & 7, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
03-88821000 03-88821042