Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 
  • Pengumuman Penting
    1. Mulai tahun 2024, serahan Wang Tak Dituntut oleh syarikat/firma adalah melalui kaedah serahan atas talian di Portal eGUMIS (https://egumis.anm.gov.my/) Syarikat/firma dikehendaki untuk memuat naik Daftar WTD dengan format fail .GPG ke portal eGUMIS, seteruskan mengemukakan Borang UMA-4 (Pin.1/2023) dan bukti bayaran ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Manakala salinan asal borang serahan WTD (Borang UMA-4) dan bukti bayaran perlu dihantar secara serahan tangan atau pos ke alamat pejabat Pendaftar seperti berikut;

      Pendaftar Wang Tak Dituntut
      Jabatan Akauntan Negara Malaysia
      (Accountant General’s Department of Malaysia)
      BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
      ARAS 1, BLOK SELATAN, PERBENDAHARAAN 2
      NO. 7 PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
      KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
      PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62594 PUTRAJAYA

    2. Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD.

    3. Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu / firma / syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.
  • Pendaftar Wang Tak Dituntut

    Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang terletak di bawah Bahagian II, Akta Wang Tak Dituntut 1965 seperti berikut :

    1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
    2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
    3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
    4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

  • Akta Wang Tak Dituntut

    Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975.
    Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 9 (2) Akta Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti berikut :

    P.U.(B) 221

    "Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Kecil (1) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975."

    [Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.(PU2)254.]



    "Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Subseksyen (2) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Timbalan Akauntan Negara sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Oktober, 1984."

    [Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.]



    Klik sini untuk lihat Akta Wang Tak Dituntut 1965 sepenuhnya

  • Definisi Wang Tak Dituntut

    1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

      Contoh dibawah kategori ini ialah :
      • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
      • dividen;
      • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
      • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
      • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
      • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
      • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
      • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

    2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

      Contoh dibawah kategori ini ialah :
      • akaun simpanan;
      • akaun semasa;
      • simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

    3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

      Contoh dibawah kategori ini ialah :
      • akaun pemiutang dagangan;
      • akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

  • Siapa Wajib Mematuhi Akta Wang Tak Dituntut 1965

    • Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;

    • Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;

    • Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;

    • Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan

    • Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

  • Sesi Taklimat Program Kesedaran Akta Wang Tak Dituntut

    Taklimat kesedaran mengenai Akta Wang Tak Dituntut 1965 diadakan setiap bulan dan dianjurkan oleh setiap JANM negeri.

    Maklumat jadual dan tempat taklimat boleh diperolehi di Jadual Taklimat.

    Sebelum menghadiri taklimat, peserta dikehendaki untuk mengisi Borang Pengesahan Kehadiran dan perlu menghantar borang tersebut kepada urusetia taklimat.

    Pemeriksaan Wang Tak Dituntut adalah untuk memastikan syarikat / firma mematuhi peruntukan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Hanya pegawai yang diberikan kuasa sahaja dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan ke atas akta ini. Maklumat pegawai pemeriksa adalah seperti di Senarai Pegawai Pemeriksa.

  • Serahan Wang Tak Dituntut

    Berdasarkan Seksyen 10, Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara seperti berikut :

    1. Menyelenggara dan menyimpan satu (1) Daftar WTD sehingga 31 Disember mengikut format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
    2. Menyerahkan WTD bersama-sama Daftar WTD tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.
    3. Mengemukakan Daftar WTD bagi tujuan pewartaan.
    4. Syarikat atau firma yang gagal mematuhi subseksyen (1) dan subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan syarikat atau firma dan setiap pegawai syarikat atau firma tersebut yang mungkir boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal kesalahan yang berterusan, dikenakan denda tambahan yang tidak melebihi satu ribu ringgit setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.

    Bermula pada tahun 2021, Daftar Wang Tak Dituntut (Pin.1/2018) hendaklah dienkrip menggunakan Kit Serahan WTD. Syarikat/firma dikehendaki memohon pautan muat turun Kit Serahan WTD dengan mengemukakan e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

    Serahan atas talian di Portal eGUMIS berkuatkuasa mulai Januari 2024, syarikat/firma perlu terlebih dahulu memohon capaian pengguna Portal eGUMIS dengan melengkapkan Borang UMA-1(Pin.1/2023) dan mengemukakan ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Manakala salinan asal borang serahan WTD (Borang UMA-1 Pin.1/2023) perlu dihantar secara serahan tangan atau pos ke alamat pejabat Pendaftar  seperti berikut;

    Pendaftar Wang Tak Dituntut
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    (Accountant General’s Department of Malaysia)
    BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
    ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
    NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
    KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62594 PUTRAJAYA

    Syarikat / Firma boleh memuat turun dokumen serahan WTD yang diperlukan seperti berikut :

    [animate type="fadeInUp"]

    Bil Panduan / Dokumen Serahan WTD PDF Word Excel
    1 Carta Alir Proses Serahan WTD (Edisi 2024)   Muat Turun    
    2 Garis Panduan Serahan WTD (Edisi 2024)   Muat Turun    
    3 Borang UMA-1 (Pin.1/2023) – Borang Pendaftaran Serahan WTD   Muat Turun   Muat Turun  
      3.1 Panduan Mengisi Borang UMA-1 (Pin.1/2023) (Edisi 2024)   Muat Turun    
    4 Borang UMA-4 (Pin.1/2023) – Borang Serahan WTD   Muat Turun   Muat Turun  
      4.1 Panduan Mengisi Borang UMA-4 (Pin.1/2023) (Edisi 2024)    Muat Turun    
    5 Daftar Wang Tak Dituntut (Pin.1/2018) (Edisi 2024)        Muat Turun
    6 Senarai Semak Dokumen Serahan WTD (Edisi 2024)   Muat Turun   Muat Turun  

    [/animate]

  • Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

    Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

      • Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

     

      • Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

     

      • Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

     

    • Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

    [animate type="fadeInUp"]

    Bil Dokumen / Panduan PDF Word
    1 Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD  *Penting* Muat Turun  
    2 Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA-7 ( Pin.1/2015) ] Muat Turun Muat Turun
    3 Contoh Mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA -7 (Pin. 1/2015) ] Muat Turun  
    4 Borang UMA-8 (Pin.1/2019) – Borang Bon Tanggungrugi Muat Turun  
    5 Borang AM 80 – Borang Akuan   Muat Turun  
    6 Contoh Surat Pengesahan WTD dari syarikat / firma :    
      6.1 Contoh Surat Pengesahan bagi Akaun Simpanan / Akaun Semasa / Simpanan Tetap Muat Turun  
      6.2 Contoh Surat Pengesahan bagi Akaun Simpanan / Akauan Semasa / Simpanan Tetap (Perbezaan Data) Muat Turun  
      6.3 Contoh Surat Pengesahan Banker’s Cheque / Draf Bank / Demand Draft / Cashier Order Muat Turun  
      6.4 Contoh Surat Pengesahan bagi Banker’s Cheque / Draf Bank / Demand Draft / Cashier Order (Perbezaan Data) Muat Turun  
      6.5 Contoh Surat Pengesahan bagi Insuran / Gaji / Dividen / Wang Cagaran / Deposit Muat Turun  
      6.6 Contoh Surat Pengesahan bagi Insuran / Gaji / Dividen / Wang Cagaran / Deposit (Perbezaan Data) Muat Turun  

    [/animate]

  • Sekuriti Tak Dituntut
    1. Sekuriti tak dituntut adalah terdiri daripada saham, bon dan lain-lain instrumen kewangan orang awam yang telah dipindahkan kepada Kerajaan atas nama Menteri Kewangan dan Akauntan Negara Malaysia berdasarkan Akta-akta yang berkuatkuasa. Walaupun sekuriti ini telah dipindahkan ke atas nama Menteri Kewangan atau Akauntan Negara Malaysia, rekod mengenai pemilik asal masih diselenggara oleh Kerajaan bagi tujuan memulangkan sekuriti/hasilnya kepada pemilik/warisnya di satu masa hadapan. 
    2. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan pemegang amanah bagi sekuriti yang tak dituntut seperti termaktub di bawah Seksyen 14, Seksyen 29 dan Seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) – Pindaan 1998 Akta A1039, Seksyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949, Seksyen 36 Akta Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 583 Akta Syarikat 2016.
    3.  Kesemua terimaan dalam bentuk dividen, faedah dan hasil jualan sekuriti adalah diakrukan terlebih dahulu dalam rekod kepada pemilik sebelum wang tersebut diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Wang yang diserah tersebut adalah tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pemilik/pengganti/warisnya boleh membuat tuntutan bila-bila masa kerana tiada had masa dikenakan.

    Senarai Semak – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti di bawah Seksyen 14/29/30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat (Pindaan)(No.2) 1998

    [animate type="fadeInUp"]

    Bil Tajuk  
    1 Borang UMA-7 (Pin.1/2015) Muat Turun
    2 Borang UMA-8S (Pin.1/2016) Muat Turun
    3 Borang SPS 2 (Pin 1/2021) Muat Turun
    4 Borang Permohonan Bayaran Melalui  Bank Deraf atau Telegrafik Transfer Muat Turun

    Senarai Borang – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

    Bil Tajuk  
    1 Permohonan Oleh Individu Muat Turun
    2 Permohonan Oleh Syarikat Muat Turun
    3 Permohonan Oleh Waris(Empunya Telah Meninggal Dunia) Muat Turun

    [/animate]

    Semua Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti atau sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti perlu dikemukakan kepada alamat Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti berikut :

    Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
    Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 7, Persiaran Perdana
    Presint 2,62594 Putrajaya

    (u.p : Unit Sekuriti Tak Dituntut)

    Alamat emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Telefon : 03 8000 8780/8781/8682/8681