Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum selaras dengan seksyen 16, Akta Tatacara Kewangan [Akta 61].
Menguruskan dana dan aliran tunai Kerajaan.
Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].
Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
Menguruskan perkhidmatan perakaunan Kerajaan.
Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan dan kewangan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010.
Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.
Hakcipta Terpelihara 2024 @ Jabatan Akauntan Negara Malaysia