KOLOKIUM PENYELIDIKAN 2023 ANJURAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA
Institut Perakaunan Negara (IPN) akan menganjurkan Kolokium Penyelidikan 2023 sebagai platform perkongsian hasil penyelidikan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam. Kolokium akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Saluran: Dalam Talian (Pautan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar)
Sukacita dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput menyertai kolokium ini dengan mengimbas kod QR di bawah atau klik pautan http://tinyurl.com/23yje9um untuk pendaftaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan program ini, boleh berhubung terus dengan urus setia seperti di bawah:
Nor Azeema binti Omar 03-8324 4406
Siti Munirah binti Ab Magid 03-8324 4409
Talian Am 03-8324 4400
Tarikh tutup permohonan: 28 September 2023
Atur cara program seperti di bawah atau klik pautan http://tinyurl.com/yswh6z9d.