Terdapat sedikit penurunan bagi peratusan kepuasan pelanggan JANM berbanding tahun 2021. Tahap kepuasan pelanggan bagi tahun 2022 adalah sebanyak 98.37% manakala peratusan kepuasan pelanggan bagi tahun 2021 adalah sebanyak 98.86%. Oleh itu, terdapat perbezaan sebanyak -0.49% bagi tahap kepuasan pelanggan JANM. Perbandingan tahap kepuasan bagi tiga (3) tahun terkini adalah seperti jadual di bawah:
Tahun | Tahap Kepuasan Pelanggan |
2022 | 98.37% |
2021 | 98.86% |
2020 | 98.30% |
Walaupun terdapat penurunan dari segi tahap kepuasan pelanggan JANM, masih dapat diringkaskan bahawa pelanggan JANM berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh JANM berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.Trend skor bagi Kajian Kepuasan Pelanggan menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2019 sehingga 2021 namun skor tersebut menurun bagi tahun ini.
JANM masih boleh memperbaiki dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi semasa serta penyampaian perkhidmatan selari dengan arus teknologi terkini supaya dapat memenuhi kehendak dan mencapai jangkaan pemegang taruh.