Panggilan Kursus Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Siri 5/2023 - Penolong Akauntan.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek ke arah pemantapan kemajuan kerjaya disamping meningkatkan kompetensi pegawai seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
2. Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : MPSAS: Pengurusan Hasil
Tarikh : 14 - 16 Mac 2023 (Selasa - Khamis)
Tempat : Dihadapan peranti masing-masing (Online)
Senarai peserta : Seperti di Surat Siaran
Jadual : Seperti di Surat Siaran
3. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa serta perlu mendaftarkan diri di Sistem Pengurusan Latihan IPN (SPL-IPN) sebelum atau pada 16 Februari 2023 melalui link berikut:
4. Pautan (Link) kursus akan dihantar melalui aplikasi Whatsapp/Telegram sehari sebelum kursus berlangsung kepada nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Disyor peserta menggunakan peranti komputer meja atau komputer riba bagi tujuan kursus.
5. Pegawai yang tidak dapat mengikuti kursus perlu mengemukakan surat tunjuk sebab yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing serta dimajukan ke emel
- Puan Norliana binti Abdullah (IPN)
No. tel: 03-32172110
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Puan Sarini binti Mubin (IPN)
No. tel: 03-32172135
Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam memberi pelepasan berkursus kepada pegawai seliaan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.