Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
2. Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
Tarikh kursus : 22-23 Oktober 2019 (Selasa-Rabu)
Tempat kursus : Institut Perakaunan Negara (IPN)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jalan Bagan, Sungai Lang
45100 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
3. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 10 Oktober 2019 melalui capaian laman sesawang di bawah:
Sila klik Surat Siaran untuk muat turun.
Klik di sini untuk pendaftaran.