Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
2. Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : MPSAS:Perakaunan Belanja
Tarikh kursus : 31 Julai – 02 Ogos 2019 (Rabu-Jumaat)
Tempat kursus : Institut Perakaunan Negara (IPN)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jalan Bagan, Sungai Lang
45100 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
3. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 16 Julai 2019 melalui capaian berikut https://forms.gle/rhmLV2NaZADwncNF9
Sila Klik disini untuk keterangan lanjut.