Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : Perakaunan Akruan (Pertengahan)
Tarikh kursus : 25 hingga 26 Jun 2019
Tempat kursus : Bilik Latihan Tingkat 8
Jabatan Akauntan Negara Negeri Johor
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek
80720 Johor Bahru, Johor
Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 31 Mei 2019 melalui capaian laman sesawang seperti berikut:
Sila klik disini untuk surat siaran.
https://forms.gle/yVK6V53J2tXCnizA6
Sekian, terima kasih