Semua Akauntan
Bahagian/ Negeri/ Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun
YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional yang bekelayakan untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa bagi sesi 2020.
Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap dengan dokumen berikut perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 13 Mei 2019 (Isnin):
(a) tiga (3) set dokumen seperti di perenggan 8 dan 9(iii)(a)
(b) lima (5) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian; dan
(c) lima (5) salinan Soalan Ekspektasi Penajaan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:
Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /emel:
Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030/emel:
Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.
Maklumat lanjut seperti surat edaran sila klik di sini.