Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang melaksanakan aktiviti pengkabelan rangkaian baru di Ibu Pejabat secara berfasa mengikut zon bermula 18 Mac sehingga 24 Jun 2019.

 

Pelaksanaan pengkabelan baru ini adalah inisiatif JANM bagi memastikan capaian rangkaian berada pada tahap optimum serta selaras dengan teknologi rangkaian terkini.  Kerja-kerja pengkabelan ini melibatkan pertukaran kabel rangkaian lama di seluruh ruang pejabat Ibu Pejabat JANM termasuk bilik pegawai.  Sewaktu kerja-kerja ini dijalankan, kemudahan intranet dan Internet hanya boleh di akses menggunakan kemudahan wi-fi melalui komputer masing-masing.  Selain itu, talian telefon juga akan terganggu semasa kerja-kerja pengkabelan dilaksanakan.

 

Bersama-sama ini dilampirkan jadual perancangan pelaksanaan pengkabelan seperti yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan. 

 

Attachment : Jadual Pelaksanaan Pengkabelan JANM