Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : iGFMAS : Perakaunan Terimaan
Tarikh kursus : 24 hingga 25 April 2019
Tempat kursus : Bilik Latihan
Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang
Tingkat 40, KOMTAR
10000 Pulau Pinang
Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 12 April 2019 melalui capaian laman sesawang seperti berikut:
Sila klik disini untuk surat siaran.
https://forms.gle/Z4z3urujBpuSuB7M6
Sekian, terima kasih