Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:

 

                Tajuk kursus           :           iGFMAS (Perakaunan Aset)

 

                Tarikh kursus                    9-11 Mac 2019 (Selasa-Khamis)

 

                Tempat kursus                 Institut Perakaunan Negara (IPN)

                                                              Jabatan Akauntan Negara Malaysia

                                                              Jalan Bagan, Sungai Lang

                                                              45100 Sabak Bernam

                                                              Selangor Darul Ehsan

 

Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 1 April 2019 melalui capaian laman sesawang  seperti berikut:

 

Sila klik disini untuk surat siaran.

 

https://goo.gl/forms/TVxILljTG6bv7ga23

Sekian, terima kasih