Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:
Tajuk kursus : Gaji, Elaun Dan Kemudahan Penjawat Awam
Tarikh kursus : 26 hingga 28 Mac 2019
Tempat kursus : Institut Perakaunan Negara (IPN) Dewan JKPTG Negeri Kelantan
(Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian)
Bandar Baru Tunjong
Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas
15050 Kota Bharu, Kelantan
Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 12 Mac 2019 melalui capaian laman sesawang seperti berikut:
Sila klik disini untuk surat siaran.
https://goo.gl/forms/ZSQt3bpShdi9xrnV2
Sekian, terima kasih