Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) bagi pengajian Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara.
Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 1 salinan untuk borang permohonan dan Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 11 Mac 2019 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
Emel:
Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030 /
Emel:
Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
atau
Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.
Sekian, terima kasih.