Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Borang secara dalam talian ini diwujudkan sebagai tinjauan awal bagi perancangan pengisian jawatan Penolong Akauntan Gred W36 di Langkawi, Kedah.

Sasaran pengisian borang secara dalam talian ini adalah kepada:

1. Penolong Akauntan Gred W36 yang berminat untuk memohon pertukaran ke Langkawi, Kedah; atau
2. Penolong Akauntan Gred W32 yang berminat untuk ditawarkan pemangkuan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W36 di Langkawi, Kedah.

Keutamaan akan diberikan kepada Penolong Akauntan Gred W36 yang berminat untuk bertukar ke Langkawi, Kedah. 

Sekiranya tiada, Penolong Akauntan Gred W32 yang berminat untuk ditawarkan pemangkuan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W36 di Langkawi, Kedah akan disenarai pendek dan sekiranya memenuhi kesemua syarat-syarat pemangkuan seperti yang telah digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 - Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam, urus setia akan berhubung secara terus dengan pegawai untuk tindakan selanjutnya di pihak pegawai. 

Tarikh akhir maklumbalas: 23 Januari 2019 (Rabu), 5.00pm.