Majlis Amanat Tahun Baharu Akauntan Negara Malaysia 2025
Putrajaya, 13 Januari 2025 - Majlis Amanat Tahun Baharu Akauntan Negara Malaysia (ANM) YBrs. Puan Nor Yati Ahmad telah diadakan di Dewan Serbaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Puan Zainani Jusoh, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri, Ketua Akauntan Kementerian, Bendahari Negeri dan warga JANM.