27 November 2024 - 14 Agensi Terima Sijil Pematuhan SAGA Dari JANM
KLANG, 27 November 2024 – Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati Ahmad telah menyampaikan Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) kepada 14 agensi kerajaan yang terdiri daripada 11 Badan Berkanun Persekutuan dan tiga (3) Pihak Berkuasa Tempatan disini hari ini. Manakala sebanyak 10 Jawatankuasa Pemantau SAGA terdiri daripada tujuh (7) Kementerian dan tiga (3) Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri diberikan penghargaan atas komitmen dalam usaha memangkin agensi kerajaan untuk mendapatkan sijil tersebut.
Agensi kerajaan yang dianugerahkan Sijil Pematuhan SAGA adalah Majlis Daerah Pendang (MDPENDANG), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Majlis Perbandaran Pekan (MPPEKAN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Majlis Daerah Tanah Merah (MDTMERAH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Utara Malaysia (UUM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Manakala penerima Kementerian dan SUK Negeri yang dianugerahkan Sijil Penghargaan pula adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Komunikasi (KK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.