Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

ANMkePerlis

10 September 2024 - Perjumpaan ANM Bersama Pegawai Perakaunan Negeri Perlis

Kangar, 10 September 2024 - Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBrs. Puan Nor Yati Ahmad telah menghadiri program Perjumpaan Bersama Pegawai Perakaunan Negeri Perlis anjuran Jabatan Akauntan Negara (JANM) Negeri Perlis di sini hari ini.

Kehadiran ANM ke sesi dialog di auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Perlis ini telah disambut meriah oleh warga skim perakaunan diketuai Pengarah JANM Negeri Perlis iaitu YBhg. Datin Salwani Rahmat. Turut hadir adalah Bendahari Negeri Perlis, YBrs. Encik Ahmad Irwan Baharuddin.

Program ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), YBrs. Tuan Haji Zaharin Othman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), YBrs. Encik Tarmizi Tamby Chik.

Sepanjang lawatan ini ANM telah turut melawat bangunan JANM Negeri Perlis yang sedang dalam proses ubahsuai.