Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

perpena

24 Julai 2024 - Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam (PERPENA) kali ke 15

24 Julai 2024, Kuching- Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam (PERPENA) kali ke 15 yang telah dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia(ANM) YBrs. Puan Nor Yati Ahmad hari ini.

Persidangan ini telah dihadiri oleh 586 orang Penolong Akauntan sektor awam di seluruh negara. Tema persidangan ini adalah “Integriti Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya”. Turut hadir adalah Timbalan Akauntan Negara(Korporat), YBrs. Puan Zainani Jusoh, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan(BPPP), Puan GLoria Angela James Noah dan Pengarah JANM Sarawak, Encik Zainudin Manaf.

ANM dalam ucapannya menyeru supaya Penolong Akauntan yang ditempatkan dimana jua agensi kerajaan supaya membawa nama baik Jabatan dengan memberikan perkhidmatan yang berintegriti dan cekap. ANM juga meminta supaya Penolong Akauntan yang telah berkhidmat di sesuatu agensi Kerajaan melebihi 7 tahun supaya bersedia untuk ditukarkan. Hal ini kerana pusingan kerja ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti tetapi juga dapat mengelakkan penyelewengan, salah laku dan rasuah.

Persidangan yang berlangsung dari 23 hingga 25 Julai 2024 ini menampilkan 6 orang pembentang yang akan mengupas topik berkaitan digitalisasi dan integriti.