Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 

TANKdiNRES

11 Oktober 2024 - Timbalan Akauntan Negara (Korporat) Di Simposium Perakaunan Untuk Warga Perakaunan Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES)

Langkawi, 11 Oktober 2024- Bahagian Akaun, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Dialog bersama Timbalan Akauntan Negara Korporat [TAN (K)], YBrs. Puan Zainani Jusoh disini hari ini. Turut hadir adalah Ketua Akauntan NRES, YBrs. Puan Hatimah Hamid.

Sesi tersebut merupakan sebahagian program Simposium Perakaunan untuk Warga Perakaunan Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) yang diadakan dari 10 Oktober 2024 hingga 12 Oktober 2024.

Program yang disertai oleh 68 orang warga perakaunan NRES di seluruh Malaysia ini bertujuan sebagai platform penyampaian dasar serta maklumat perakaunan terkini kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah NRES.