Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 

11 September 2024 - Perjumpaan ANM Bersama Pegawai Akauntan Pulau Pinang

Pulau Pinang, 11 September 2024 - Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBrs. Puan Nor Yati Ahmad telah menghadiri program Perjumpaan Bersama Pegawai Perakaunan Negeri Pulau Pinang anjuran Jabatan Akauntan Negara (JANM) Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Kehadiran ANM ke sesi dialog di Dewan Besar Kastam, Pulau Pinang ini telah disambut meriah oleh warga skim perakaunan diketuai Pengarah JANM Pulau Pinang iaitu YBrs. Puan Maziah Musa.

Program ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), YBrs. Tuan Haji Zaharin Othman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), YBrs. Encik Tarmizi Tamby Chik.