Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 

𝗧𝗬𝗠𝗕𝗔

26 Ogos 2024 - 26 Ogos 2023 - Sesi Kunjungan Hormat TYMBA Education Group ke Pejabat Akauntan Negara Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menerima satu kunjungan hormat oleh TYMBA Education ke Pejabat Akauntan Negara Malaysia pada 26 Ogos 2024. JANM diketuai oleh Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad dan disertai oleh YBrs. Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) serta YBrs. Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani, Pengarah Institut Perakaunan Negara. Delegasi kunjungan hormat ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Encik Airil bin Razali. Turut bersama beliau adalah Tuan Haji Ibrahim Yaacob (Ahli Lembaga Penasihat), Cik Vaishnavi Vanisha (Ketua Akademik dan Projek Khas), Puan Hazirah Wahidin (Ketua Pengurusan Pelajar) dan Encik Firdani Adam (Pengurus Pembangunan Perniagaan).

Hasrat TYMBA Education mengadakan kunjungan hormat ke JANM adalah untuk berkongsi dengan lebih terperinci tentang inisiatif TYMBA Education dan peranan yang boleh dilaksanakan bagi menyokong usaha kerajaan terhadap pembangunan dan pemerkasaan perakaunan di Malaysia.

Pelbagai perkara turut dibincangkan dalam pertemuan ini, antaranya kesediaan TYMBA Education dalam mengadakan kerjasama strategik dengan JANM dalam memberi latihan teknikal perakaunan serta mengadakan forum kepimpinan dalam meningkatkan kompetensi pegawai JANM selaras dengan hala tuju Jabatan serta potensi kolaborasi antara IPN dan TYMBA Education pada masa akan datang.

IPNCPD ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak TYMBA Education atas kunjungan hormat serta sesi perbincangan tersebut dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.