Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
PPIBZW
30 Julai 2024 - Seminar Memahami Pelaporan Kewangan Berasaskan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW)
 

Sepang, 30 Julai 2024: Seminar Memahami Pelaporan Kewangan Berasaskan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) (PPIZBW) telah diadakan hari ini.Seramai 60 orang peserta terdiri daripada Mufti Negeri, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Ketua Eksekutif dan Pengurusan Tertinggi Institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf serta pegawai dari agensi JAKIM dan JAWHAR telah menyertai seminar yang dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negara (Korporat) , YBrs. Puan Zainani Jusoh.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada Mufti Negeri dan Pengurusan Tertinggi di Institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf tentang bagaimana untuk memanafaatkan Penyata Kewangan yang disediakan berdasarkan Piawaian Perakaunan Islam.